13 Julai, Kolej Tun Perak, Universiti Putra Malaysia.
...Aku ingin mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Ibnu Batutta, Ma Huan, Zheng He, Christopher Columbus, dan ramai lagi yang lain, bahkan mungkin manusia nomad yang pernah mencacah dan meninggalkan nukilan klasik mereka di dalam gua-gua batu suatu waktu dahulu.
...Aku bukan penulis ulung; yang kapan dinobatkan sebaris dengan Hassan Langgulung, Khurshid Ahmad, Tok Ku Syeikh Abdul Malik, Tok Ku Tuan Besar, Tok Kenali atau tokoh-koh cendikiawan yang lain, yang pernah membajai bumi Nusantara ini pada abad-abad yang lepas.
...Aku sekadar penulis kecil; yang mungkin saja tidak layak digelar penulis. Mungkin juga tidak mampu untuk membebani kedua galas bahuku dengan tanggungjawab yang maha besar ini. ...Tapi, sekurang-kurangnya aku tidak mengulang kesilapan sebahagian besar nenek moyangku yang mungkin menyebabkan bangsa Melayu Islam di gugusan kepulauan Nusantara ini, hari ini, tidak kenal rumpun bangsa sendiri. Sekurang-kurangnya aku ada meninggalkan wasiat buat kaum keluargaku, sahabat handaiku dan ahli warisku, sepeninggalan aku dari alam yang fana' ini.
...Dan sekurang-kurangnya aku telah berusaha menyambung kerja dakwah Nabi kecintaanku, Muhammad SAW, sekaligus menceritakan tentang keunggulan Islam dan kehebatan Melayu kepada mereka. Tidak aku meninggalkan mereka buntu dan keliru, meskipun aku tidak layak untuk itu.
No comments:
Post a Comment