Wednesday, November 30, 2011

Hanya Kerana DIA (Episod 8 : Pulished)


Kampung Tanjung Batu Satu

Hujan turun dengan lebatnya membanjiri sekitaran rumah berderet itu. Namun Z.Zikry tidak berganjak daripada memandang ke arah laut lepas. Tempiasan hujan kadangkala sampai juga merembes ke mukanya. Tetapi Z.Zikry tetap menampan rembesan air hujan itu tanpa bergerak dari kerusi yang didudukinya.

Mengapa harus dia terlontar ke jajaran Pantai Tanjung Batu Satu ini. Mengapa tidak ke wilayah lain? semacam itu persoalan yang berlegar di dalam laut fikirnya. Z.Zikry memandang ke horizon laut. Kabut-kabut putih memenuhi pandangannya.

Apakah kehadirannya ini suatu kebetulan? kebetulan kerana keluarganya pernah menjelajahi…bukan! Bukan menjelajahi. Menetap. Ya…kebetulan kerana keluarganya pernah menetap di wilayah ini suatu waktu dahulu? dan, keluarganya juga pernah menjadi sebahagian daripada kelompok nelayan yang sama-sama mencuba nasib menyelongkar khazanah laut pesisiran pantai Kuala Terengganu ini suatu ketika dahulu. Bahkan, datuknya, Tok ki Cer Tanjung, pendekar yang diakui kependekarannya pernah bersama-sama barisan pejuang dibawah pimpinan Tok Ku Paloh dalam menggempur menghalau tentera British laknatuLlah dari jajahan berdaulat Kuala Terengganu. Pernah menyelamatkan beratus-ratus nyawa penduduk pesisir pantai Kuala Terengganu dengan menggali kubu pasir dibawah rumah semasa pendudukan tentera Matahari Terbit itu. Dan keluarganya yang sama juga pernah difitnah oleh manusia-manusia yang iri lagi khianat sehingga membawa mereka jauh ke Kuala Selangor. Membawa hati mereka jauh dari rasa luka. Membawa pengorbanan yang besar untuk membina hidup baru jauh dirantau orang. Membawa luka yang masih bersisa. Lantaran kenapa dia harus ke sini lagi? kenapa dia harus menginjakkan lagi kakinya diatas bumi yang pernah menghalau keluarganya ini? Bumi yang pernah mencarit baritkan maruah keluarganya yang dahulu dihormati ramai? Bumi yang pernah mengoyak rabakkan hati Poknya dengan derita di rantau orang sehingga membawanya kepada ajal. Kenapa?!

Angin timur menderu kencang menampan rumah itu. Tempiasan hujan sekali lagi menampar muka Z.Zikry. Z.Zikry meraba mukanya. Mukanya sudah digenangi air. Tetapi tidak pasti pula adakah air yang bertapak di mukanya itu air hujan atau sebaliknya.

            “Hidup ini penuh sofistikated…yang tidak boleh terlencong dari masalah yang setiap masa memerlukan minda dan hati berfikir untuk mengatasinya. Hidup kita juga kadangkala dipenuhi dangkalan fikiran yang adakalanya logik untuk diterima oleh akal. Zakuan…jadilah seorang yang tabah menghadapi segala apa ujianNya. Biarkan kisah silammu menjadi mimpi semalam,” itu kata Nur Halawati pada sela beberapa hari sebelum dia dibuang dari Kolej Islam Ninthi.

Hala …
            Apakah perpisahan ini mencampakkan aku ke Tanjung Batu Satu ini? Dan kau yang jauh di seberang sana itu juga merasai seperti apa yang aku rasai kini?
            Hala …
            Tahukah engkau betapa hati ini cukup merana dikejauhan ini? Laut, pantai, bayu dan camar tak mampu meredakan pilu pedih hati ini akibat luka-luka lalu.
            Hala …
            Deru angin menujah ke beranda rumah rehat lagi. Cukup kuat sehingga tempias hujan menampan badan Z.Zikry. Z.Zikry kebasahan. Tetapi dia tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Biar hujan membasahi seluruh tubuhnya. Biar kesejukan mencucuk seluruh urat nadinya. Biarlah… hati dan perasaan ini sudah tak punyai apa-apa lagi… oh Tuhan…!

“Encik,” panggil satu suara halus dari belakang.
            Z.Zikry tersentak. Dia menoleh ke belakang. Seorang perempuan dalam lingkungan usia 30an tercegat berdiri dibelakangnya.
            “saye dimintok oleh majikang saye memindohkang kerusi-kerusi yang ade diberande ini ke ruang dalang. Hujang nampoknya kohor lebat.” Kata perempuan itu dalam loghat Terengganu yang cukup pekat.
            Z.Zikry bangun. Dia berjalan-jalan ke tepi beranda. Dibiarkannya pekerja rumah rehat itu memunggah kerusi ke ruang dalam.

            Pulau Kapas dikejauhan Laut China Selatan itu kelihatan berbalam-balam. Titisan hujan yang semakin melebat menampan pemandangan ke arah lambaian pepohon nyiur di Tanjung Batu satu dan Tanjung Mengabang itu. Hujan semakin lebat.

            Di pantai, alunan ombak terus gagah menerjah ke pantai. Buih-buih putih terus datang mengejar pantai dan kemudian meluncur masuk ke dada pantai.

            Angin kencang menujah lagi. Z.Zikry kesejukkan. Dia menyusupkan tangannya ke dalam poket baju tebal yang membaluti badannya. Jemarinya terasa menjamah sesuatu di dalam poket itu. Dia mengeluarkannya, ah…secebis nota yang pernah dinukilkan oleh Hala . “Zakuan, thanks for all…hidup ini kadangkala umpama bayangan di dalam air, kadangkala kita tidak dapat menerima hakikat itulah bayangan kita. Tapi, bila kita campakkan batu ke dalam air tersebut…hilanglah bayangan yang mengejek kita. Renungkanlah…” argh, dia terasa kedua lututnya longlai. Serentak dia terjelepuk di tepi beranda itu.

            “Hala …sampai bila kita nak lempar batu ke dalam air, berapa banyak batu yang harus disediakan untuk terus kocakkan air itu. Entahkan bila air itu akan terus berkocak. Entah…” keluh Z.Zikry perlahan dengan hatinya yang sebak.

Hala …
            Apakah aku disisimu seperti buih-buih itu yang datang ke bibir pantai dan kemudian meresap jauh ke dasar pepasiran?
            Atau akan berterusankah aku hidup terasing sebegini…?
            Hala  …
Hujan terus turun.
            Pantai terus basah.
            Di horizon laut, awan kelabu terus berkumpul, mengelam suasana petang.
Z.Zikry terus memandang ke hujung benua.

Wednesday, November 9, 2011

Ihsan

Tiada gugur satu daun di dalam kepekatan malam
...Melainkan Dia Mengetahui
Tiada bergerak sesuatu zarah dalam kepayahan pejal
...Melainkan Dia Mengizini

Hidup, gerak-diam mu dalam taklukanNya
Mati, kaku-tangis mu dalam janjiNya
...Cantik, indah wajahmu lambang kurniaNya
...Buruk, jelik tingkahmu dalam penyaksianNya

"Beramal-lah kamu kepada Aku
Sebagaimana kamu melihat Aku
Kiranya itu sukar bagimu,
Maka yakinlah amal-mu itu Aku melihatnya"
(Sungguh Aku Maha Melihat)

Tiada gagah apa yang kamu yakini gagah
...Melainkan Dia Yang Maha Gagah
Tiada tembang apa yang kamu gelarkan tembang
...Melainkan qalam suciNya lagi mengasyikkan

Nikmat, asyik-seronok duniamu sementara
Azab, siksa-pedih akhiratmu selama-lamanya
...Sayang, Berilmulah kamu kerana ilmu membuang jahilmu
...Jangan, Rosakkan dirimu dengan bisikan syaitan

"Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,
Pasti aku akan menyesatkan mereka, memandang baik (perbuatan maksiat)
Dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya
Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas dan ihsan) di antara mereka."





Apakah takdir mimpi ini?
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menongkat langit

Apakah yang ku perjuangkan?
Apakah yang dipertahan?
Apakah mesti aku jadi pahlawan?
Oh... Tuhan

Tidaklah aku layak
...untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
...menahan panas NerakaMu

Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja

Sedang Tuhan dimana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
Walau ditelan segitiga bermuda

Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali "mengapa begini?"
"Mengapa begini?"

Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.

Dijalan Sesat - M.Nasir

Sunday, October 16, 2011

Bisikan Sirr 2 (Episod 9)



Hanya Pencinta Memahami Bahasa Cinta 

Bagaimana seorang itu hanya mahu menyintai cahaya tanpa mahu menyintai sang matahari? yang dengannya Allha jadikan sebagai sumber cahaya. Tanpa sang matahari mana mungkin akan wujudnya cahaya. Alangkah ganjilnya sikap mereka, atau kerana mereka tiada mengetahui bahawa ada matahari yang memancarkan cahaya lantaran kebutaan mata mereka.

Begitulah dikiaskan bagi manusia yang hanya mahu menyintai nikmat yang ada di sekeliling mereka tanpa menyintai sumber segala nikmat yang mereka perolehi. Tanpa Baginda sallaLlahu'alaihi wassalam, bagiaman kita boleh menikmati segala nikmat yang kita miliki. Setiap rezeki dicipta olehNya dan dilimpahkan kepada hambaNya melalui pintu kekasihNya Muhammad  sallaLlahu'alaihi wassalam.

Baginda adalah cahaya kerahmatan yang meliputi sekelian alam. Kewujudan Rasulullah  sallaLlahu'alaihi wassalam adalah sebesar-besar nikmat yang dikurniakan, maka menyintai dan mensyukuri kewujudan Baginda wajid diutamakan melebihi yang lain. Maka para pencinta Rasulullah  sallaLlahu'alaihi wassalam sentiasa berselawat ke atas Baginda  sallaLlahu'alaihi wassalam tanpa mengira waktu, menghidupkan sunnahnya dan meninggalkan segala kebenciannya.

Mereka merakam syair-syair, dialunkan dengan irama-irama yang membangkitkan kecintaan, kerinduan dan kesyukuran. Mereka menganjurkan majlis secara besar-besaran dengan maksud memberi kesedaran kepada manusia agar bersyukur dengan kewujudan Rasulullah sallaLlahu'alaihi wassalam. Sesetengah mereka menganjurkan majlir Maulidur Rasul sallaLlahu'alaihi wassalam setiap bulan, setiap minggu, malah setiap hari agar suburnya cinta pada Baginda sallaLlahu'alaihi wassalam.

Mereka tiada memperdulikan apa jua tohmahan dan celaan dengan gelaran ahlu bidaah atau para penganjur kesesatan. Mereka mabuk dalam kecintaan terhadap Rasulullah sallaLlahu'alaihi wassalam kerana makrifat pada Baginda  sallaLlahu'alaihi wassalam.

Baginda adalah permata diantara batu-batu yang ada. Berkata Imam Al-Bushiri, penyair terkenal dalam merakam cinta pada Baginda  sallaLlahu'alaihi wassalam ; "Katakan apa sahaja pada Baginda  sallaLlahu'alaihi wassalam, hanya jangan mengatakan Baginda Tuhan atau anak Tuhan sebagaimana kaum Nasrani."

Sabda Rasulullah sallaLlahu'alaihi wassalam; "Cintailah Allah SWT kerana banyaknya nikmat yang Ia kurniakan kepadamu, dan cintailah aku keran aku dicintai Allah!"

Semakin dalam seseorang itu mengenal, maka akan lebih dalam akan kecintaan pada yang yang dikenalinya. Hanya mereka yang bercinta sahaja memahami bahasa dan jiwa orang yang bercinta!  

 

Lagu Jiwa Lagu Cinta


Menyanyi kerana gembira
Menyanyi kerana sedih
Menyanyi kerana rindu
Aduh siapa dapat membaca...
Hatiku saat ini (sedang Allah jua Yang Maha Tahu)

Menari kerana melayan
Menari kerana sunyi
Menari kerana kasih
Ada di depan masih juga tak mengerti

Gerangan apa buat ku kemari
Dalam temasya ku memencil diri
Darilah jauh asyik memandangnya
Sekalipun dia masih tak perasan...ku disini (sedang Allah jua Yang Maha Sedar)
Oh.....
Lagu jiwa
Bukan lagu mengadu nasibku
Lagu cinta
Bukan lagu meratap hidupku

Hanya nak menyatakan
Tuah dan untung badan
Diuji hebat cinta sehebat begini... hebat begini...




Bisikan Sirr 2 (Episod 8)

Muhammad sallaLlahu'alaihi wassalam Sumber Kerahmatan

Kita dikelilingi cinta Allah yang memancarkan dua namaNya bagi segala kejadian, iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Maka dua nama tersebut memancarkan kenikmatan dan kerahmatan. Namun hendaklah kita fahami bahawa punca bagi segala pancaran kerahmatan bagi sekelian alam adalah kewujudan Rasulullah sallaLlahu'alaihi wassalam.

 
 "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian"
(Al-Anbiya': 107) 

Ramai Mufassirin (ahli tafsir) mentafsirkan kalimah "ka" pada ayat tersebut bukannya dinisbah kepada risalah yang dibawa semata-mata. tetapi "ka' itu adalah diri Nabi   sallaLlahu'alaihi wassalam sendiri. Kewujudannya di alam roh lagi sudah memberi kerahmatan sebagai HabibuLlah. Manakala kewujudan kita adalah datang dari kerahmatan Allah yang dipancarkan mealui kewujudan Rasulullah sallaLlahu'alaihi wassalam.

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat keatas baginda sallaLlahu'alaihi wassalam dari alam roh, zahir ke dunia sehingga ke alam akhirat. Justeru itu diperintahkan bagi sekelian mukmin berselawat ke atas Baginda sebagai tanda cinta dan syukur. Maka Allah amat menyintai kekasihNya Muhammad sallaLlahu'alaihi wassalam, Dia menyatukan namaNya dan nama nabiNya di langit dan di bumi. Bahkan, Nabi Adam (a.s) memohon keampunan pada Allah dengan bertawassul pada kekasihNya Muhammad  sallaLlahu'alaihi wassalam.

Muhammad sallaLlahu'alaihi wassalam adalah makhlukNya tetapi martabatnya bukan seperti makhlukNya yang lain. CintaNya bagaikan menyatukan Ia dengan Nabi sallaLlahu'alaihi wassalam, padahal Maha Suci Ia daripada bersatu. Namun ar-Rahman menyatakan ;
"Barangsiapa menyintai kekasihNya Muhammad sallaLlahu'alaihi wassalam, adalah menyintaiNya, dan barangsiapa yang menentang Baginda  sallaLlahu'alaihi wassalam, maka dia menentangNya. Sesiapa yang menyintaiNya tanpa menyintai Rasulullah  sallaLlahu'alaihi wassalam, cintanya tiada akan diterima walaupun air mata rindu mengalir menjadi lautan sekalipun."

 


Tuesday, October 11, 2011

Bisikan Sirr 2 : Cinta Faqir Syukur (Episod 7)

Dua Wajah Satu Hakikat

Berbahagialah umat ini yang menyatukan cinta ar-Rahman dan ar-Rahim. Cinta ar-Rahman membawa kejayaan akhirat.

Sesungguhnya tiada pemisahan antara dua wajah ini; dunia dan akhirat. Ia hanya satu dalam pandangan para pemilik Cahaya hati. Keduanya adalah tajalli (manifestasi) dari namaNya yang Maha Agung.

Maka mencintai dunia dan akhirat adalah wajib, namun yang dilarang menyintai dunia dan akhirat dengan tiada melihat ar-Rahman dan ar-Rahim disebaliknya.

"... dan sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali-'Imran: 145)


Tuesday, June 28, 2011

Monolog Seorang Aku


Selama manakah terbuai asyik dan pasrah
Peputik usia luruh belum pun musim...
Sedang aku...
Masih enak dibuai mimpi
Meniti pelangi senja berduri
Cerah...berkilauan...anggun itu warna.

Tega aku berdiri disini bukannya seorang pejuang
Dan bukan pula seorang pujangga
Tetapi hanya seorang abdi
Yang mengadu kasih kepada Penciptanya

Senja dikamar itu menyaksikan betapa hina
Seorang aku merendai rayon kepalsuan
Mengadai sutera iman


Bermonolog seorang aku
Bertanyakan tentang diri
Berkonfrontasi tentang realiti
Dimanakah aku sebenarnya
Dilangitkah atau dibumi
Atau masih bersama rona-rona hitam
Kekabus...
Dan awan gelap itu...

Sunday, May 8, 2011

Bisikan Sirr 2 : Cinta Faqir Syukur (Episod 6)

Cahaya : Dirimu dengan Nur ar-Rahman

Pandanglah alam ini dan sekelian makhluk dengan pandangan ar-Rahman. Pandanglah dengan Cahaya ar-Rahman kepada mereka yang belum ada Cahaya iman. Dekatilah mereka dengan penuh hikmah, munajat dengan ikhlas agara Allah melimpahkan hidayah kepada mereka. 

Kita adalah penerus ar-Rahim NAbi SAW. Baginda SAW tiada mahu seorang insan pun berpaling dari Cahaya kerahmatanNya.

Pandanglah dengan ar-Rahm bagi sekelian mukmin. Mudahkan urusan, berlemah lembut, merendah diri, membantu bila diperlukan, brsangka baik, menutup keaiban, memaafkan kesalahan mereka.

Begitulah adab di dalm pergaulan sesama mukmin tanpa mengira bangsa, pangkat, darjat dan keturunan. Sesungguhnya ar-Rahim menghapuskan permusuhan dan mewujudkan kasih sayang. 
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"...bahawasanya sesiapa diantara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-An'am: 54)

Thursday, May 5, 2011

Bisikan Sir 2 : Cinta Faqir Syukur (Episod 5)

Ubudiyyah Kerana Membalas Cinta Allah


Para hamba yang benar memahami sifar ar-Rahman dan ar-Rahim Allah; mereka tiada mahu membincangkan ibadat ke syurga atau dosa yang menuju neraka. Cinta Allah meliputi diri mereka hingga kerahmatan luas mendahului kemurkaanNya. Apa yang mahu dilakukan ialah membalas cinta Allah dengan mensyukuri nikmat cintaNya dengan sepenuh jiwa dan raganya. Dia menjadikan kehidupannya untuk membalas cinta kekasihnya. 


قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Katakanlah; 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang Memlihara dan Mentadbirkan sekelian alam."
(Al-An'am: 162)

Ibadah adalah kerangka, ruhnya adalah ikhlas. ruh ikhlas adalah Cinta, ruh Cinta adalah muwahid, ruh muwahid adalah tiada terpandang dalam syuhudiyyah (mata hati) pada yang lain melainkan wujud akan kekasihnya. Keasyikkan Cinta menyebabkan ia mabuk sehingga tiada melihat wujud lain malah wujud DiriNya sendiri.

Dia tiada memperdulikan lagi kepada sesiapa, matlamatnya hanya pada Kekasihnya. Tiada akan membenarkan ada yang lain dalam ibadahnya, bahkan ibadahnya dipandang pemberian Kekasihnya. Mereka tiada lagi mujahadah, kerana ubudiyyah mereka adalah disebabkan pancaran Cinta. Semakin dalam cinta mereka, semakin kuat ingatan padaNya sehingga terasa sentiasa melihatNya atau dilihatNya.

Sabda Rasulullah SAW : "Ihsan iatu ialah kamu beribadah kepada Allah seumpama kamu melihatNya, jika tiada melihatNya, hendaklah kamu merasa dilihat olehNya."
(Bukhari dan Muslim)

Wednesday, April 27, 2011

Memoirs of The 'LELAKI SEJATI' (Muka 2)

Muka 2 : Memoirs of the Lelaki Sejati

Aku dilahirkan pada subuh 6.05 pagi Khamis, tanggal 3 Mac 1983 bersamaan 18 Jamadilawwal 1403 Hijrah di Hospital Besar Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah - nama baru). Dalam kegembiraan mok, pok, abang-abang dan kakak-kakakku menyambut kelahiranku, ada kesedihan yang terselit tika itu. Sebab, tanggal yang sama juga, ditakdirkan datuk aku, Tok ki Cer (Musa) Tanjung dijemput kembali ke RahmatulLah. Mereka ketawa dalam duka.

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin. Pok aku seorang nelayan, kadang-kadang menjadi tukang rumah kampung, dan kadang-kadang menjual belacan. Biasalah, hidup di negeri Pantai Timur, cara mencari rezeki banyak bergantung kepada hujan, ombak dan pantai. Pantai dan kami umpama isi dengan kuku; irama dengan lagu. 

Aku diberikan gelaran sebagai 'Yang Terpuji Lelaki Sejati Anak Singa Allah', atau dalam bahasa Arabnya bermaksud Mohd Zakaria Hamzah. Satu nama yang cukup elok, cukup kuat pengaruhnya terhadap kehidupanku. Aku bersyukur kepada Allah, dan berterima kasih kepada abangku kerana menamakan aku dengan nama para Nabi ini. Satu nama yang dibebankan tanggungjawab yang cukup besar, iaitu 'menyampaikan' (bukankah tanggungjawab para Rasul itu adalah menyampaikan). 

Aku tidak mahu banyak menulis tentang kisah peribadiku disini, sebab ini bukan sebuah diari, dan bukan pula sebuah epik epilog luahan hati, atau lakaran katarsis peribadi. Aku ingin menjadikan 'Memoirs of The Lelaki Sejati' ini sebagai senaskah manuskrip ilmiah yang ada nilai signifikannya terhadap agamaku, nusa bangsaku dan tanahairku. Aku ingin menulis apa dibisikkan oleh roh (hati), nasma (nafas) dan apa yang berlegar-legar di dalam minda (otak) aku. Kalau tulisan ini benar dan elok, tentu sekali ia datang dari Tuhan yang menciptakanku. Moga ia bermanfaat dan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Dan semoga ia menjadi bekalan yang akan memberatkan neraca timbangan amalan mahmudahku di akhirat nanti. Dan kalaulah pula tulisan ini salah dan jelik, tentu ia juga datang dari Tuhan yang sama, tapi diatas 'asbab kelemahan, kebodohan dan kejahilan penulis sendiri. Lantaran itu aku memohon ampun dari Allah dan memohon maaf dari saudara dan kalian semua.
Gambar : Malam Gemilang Putra Kolej 13

Wednesday, April 20, 2011

Memoirs of The 'LELAKI SEJATI' (Muka 1)





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

13 Julai, Kolej Tun Perak, Universiti Putra Malaysia.

...Aku ingin mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Ibnu Batutta, Ma Huan, Zheng He, Christopher Columbus, dan ramai lagi yang lain, bahkan mungkin manusia nomad yang pernah mencacah dan meninggalkan nukilan klasik mereka di dalam gua-gua batu suatu waktu dahulu.

...Aku bukan penulis ulung; yang kapan dinobatkan sebaris dengan Hassan Langgulung, Khurshid Ahmad, Tok Ku Syeikh Abdul Malik, Tok Ku Tuan Besar, Tok Kenali atau tokoh-koh cendikiawan yang lain, yang pernah membajai bumi Nusantara ini pada abad-abad yang lepas.

...Aku sekadar penulis kecil; yang mungkin saja tidak layak digelar penulis. Mungkin juga tidak mampu untuk membebani kedua galas bahuku dengan tanggungjawab yang maha besar ini. ...Tapi, sekurang-kurangnya aku tidak mengulang kesilapan sebahagian besar nenek moyangku yang mungkin menyebabkan bangsa Melayu Islam di gugusan kepulauan Nusantara ini, hari ini, tidak kenal rumpun bangsa sendiri. Sekurang-kurangnya aku ada meninggalkan wasiat buat kaum keluargaku, sahabat handaiku dan ahli warisku, sepeninggalan aku dari alam yang fana' ini. 

...Dan sekurang-kurangnya aku telah berusaha menyambung kerja dakwah Nabi kecintaanku, Muhammad SAW, sekaligus menceritakan tentang keunggulan Islam dan kehebatan Melayu kepada mereka. Tidak aku meninggalkan mereka buntu dan keliru, meskipun aku tidak layak untuk itu.











Sunday, April 10, 2011

Hanya Kerana DIA (Episode 7 : Published)


Muara Sungai Kuala Terengganu
Gelombang terus melambungkan bot penambang itu beberapa meter dari aras datar air laut. Z.Zikry memegang kemas dinding bot. percikan air laut membasahi mukanya. Pandangannya hambar seketika. Titisan air laut menjadikan matanya berkaca-kaca.

“Zikry aku berdiri dibelakangmu. Memorandum bantahan sudah dihantar. Kau jangan susah hati. Selagi kau yakin dengan aku, nasib kau terbela,” kata Chilugra, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar itu.

“Aku tak perlukan pembelaanmu. Tapi disini, keilmuan Islam memerlukan pembelaanku. Aku akan terus berjuang mempertahankannya selagi ada dayaku, sama ada aku menang atau terkorban kerananya.”

“Syabas Zikry. Kau membuatkan aku semakin mengagumimu. Kau benar-benar tabah, dan berani.”

Tiada daya dan upayaku kecuali pertolongan Allah, kata hati Z.Zikry menyerahkan kembali pujian itu kepada yang haq.

Z.Zikry mengetap gigi. Ingin dia menjerit sekuat hatinya, tetapi jeritannya itu pasti mencemaskan penumpang bot yang baru kengerian dilambung gelombang. Z.Zikry kembali kepada dirinya. Dia memandang jauh ke horizon laut. Peristiwa yang sentiasa kejap dalam ingatannya itu berlangsung dua minggu lalu. Z.Zikry masih ingat tatkala satu perbicaraan yang sedang dihadapinya dan jika disabit kesalahan hukuman akan dijatuhkan. Dan sememangnya hukuman itu telah pun dijatuhkan dengan berat sekali.

“Kesalahan pertama, kamu telah dituduh membawa ideologi dan fahaman yang salah sehingga telah mengelirukan ramai penuntut lain. Dan ini telah menyebabkan seorang penganut agama lain memeluk Islam dengan tidak mengikut saluran kolej,” kata Tuan Haji Amat Ramsa.

Ah… nak memeluk agama Islam pun kena melalui proses birokrasi, keluh hati Z.Zikry tetapi tidak diluahkannya.
“Kesalahan kedua, kamu telah didakwa mengadakan satu perjumpaan haram di Bukit Ekspo bersama sekumpulan pelajar pada tiga bulan yang lepas atas tujuan ingin menubuhkan sebuah persatuan haram. Dan ini dilihat sebagai satu kesalahan besar dan melanggar fasa ke-3, kurungan 1, Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang semua pelajar kolej daripada menjalankan sebarang perhimpunan atau perjumpaan tanpa kebenaran,” kata Tuan Haji Amat Ramsa lagi.
Uh…itu satu fitnah liar, bentak hati Z.Zikry terus.

“Kesalahan ketiga, kamu telah didakwa mencemar teori pemikiran dengan mempertikaikan penerimaan cendikiawan terhadap taxonomy Bloom, dan Cognitive and Affective Domain serta mempertikaikan keunggulan pemikiran Edward de Bono dan Krathwohl yang mengasaskan kedua-dua kemahiran berfikir tersebut. Kamu dilihat sebagai pelajar yang kurang ajar yang melawan asas pemikiran yang sebenar sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap bangsa bukan Muslim yang lain!” dakwa Tuan Haji Amat Ramsa lagi.

Ah…perbincangan di dalam kuliah juga dibawa ke sini? Mereka tidak faham sebenarnya, hati kecil Z.Zikry berbisik.

“Dan kesalahan keempat, kamu telah dituduh memesongkan semangat belajar seorang penuntut siswi yang bernama Muhafizah Syafie dengan beban pemikiran kamu yang jumud dan dilihat bersifat fundamentalis itu,” putus Tuan Haji Amat Ramsa.

Benarlah mereka tidak faham. Ya Allah, Kau ampunlah kelemahanku, dan ampunkanlah mereka. Sesungguhnya mereka tidak faham, monolog Z.Zikry menyerahkan segalanya pada Yang Berkuasa.

“Kamu tidak mahu membantah?” soal Tuan Haji Amat Ramsa melihat Z.Zikry diam dan tenang sahaja.
Z.Zikry menggeleng, “Tidak.”
“Jika begitu kamu mengiyakan segala dakwaan yang dibacakan ke atas kamu tadi?”
“Bagaimana saya boleh membantah dan menafikan segala dakwaan ini jika tuan haji telah menetapkan keputusan ini muktamad dan segala rayuan tidak akan dilayan?”

Khali. Mereka pandang memandang. Dan Z.Zikry tak ingin tercegat lebih lama disitu. Bagi dia semakin lama dia di situ, maka semakin sakit hatinya disiat-siat. Selepas mengucapkan terima kasih, dia melangkah pergi.

“Zakuan Zikry.” Panggil Profesor Hamami.
Z.Zikry mematikan langkahnya.
“Betul kamu tidak mahu membuat sebarang rayuan?”
“Tidak!” balas Z.Zikry, tegas. “Tetapi, jika ada kebenaran prof., saya ingin membuat bantahan. Bahawa perbicaraan ini tidak dijalankan dengan seadilnya. Segala dakwaan adalah fitnah liar yang melampau. Penyingkiran saya tidak sedikit pun mencacatkan hasrat saya untuk terus memperjuangkan kehendak agama saya dan agama tuan-tuan semua!” Z.Zikry pun pergi tanpa menanti apa-apa reaksi daripada penghukumnya.


Allah…
Bot yang meredah muara Sungai Kuala Terengganu itu dilambung gelombang yang beralun tidak menentu. Z.Zikry memegang kemas dinding bot. percikan air laut membasahi mukanya. Dan ketika dia menyapu mukanya, terasa terlalu banyak air membanjiri wajahnya.

Adakah dia menangis sejak tadi…?
Ingatannya terimbas lagi pada memori tiga minggu yang lepas ketika bersama seorang teman.

“Lagi satu saya nak tanya awak, awak kata saya ada keistimewaan yang orang lain tak nampak. Jadi awak nampak?”
“Yea.”
“Apa dia?”
Diam.
“Saya masih menunggu….”
“Kita tak akan dapat menjelaskan sesuatu apa pun mengenai orang yang istimewa pada mata kita. Tiada istilah yang selayaknya.”

“Saya tak punya apa-apa keistimewaan. Saya cuma insan biasa. Mungkin awak sudah silap menilai.”
“Saya tak pernah silap dalam menilai awak...”
Hala …
Sekali lagi dia menyapu mukanya. Terasa semakin banyak air yang membanjiri wajahnya.
Betullah dia menangis…

....Bersambung

Tuesday, April 5, 2011

Memoirs of The 'LELAKI SEJATI' (Muka i)

Muka i Memoirs of The Lelaki Sejati


Ya Allah... Jadikanlah Cahaya di dalam hatiku,
Cahaya di dalam pandanganku,
Cahaya di dalam pendengaranku,
Cahaya dari arah kanan dan kiriku,
Cahaya dari atas dan dari bawahku,
Cahaya yang di hadapan dan di belakangku
Dan jadikanlah cahaya untuk diriku...
Petikan Doa ke Masjid
................................................................................................................................
Petikan diatas sekadar catatan ringkas dipetik dari doa pergi ke masjid yang penulis muatkan di dalam Memoirs of The 'LELAKI SEJATI'. Hari ini penulis menemui sesuatu ilmu yang baru mengenai cahaya yang disebut 'Nur' di dalam bahasa Al-quran itu.

Menurut hadith riwayat Abd Jabir; 'Makhluk pertama yang diciptakan Allah (yakni asal kejadian segala makhluk) adalah Nur Muhammad.' Ada yang mentafsirkan 'nur' di sini adalah cahaya, ada yang mentafsirkan sebagai gelombang, ada yg mentafsirkannya sebagai tenaga atau aura, tidak kurang ada yang mentafsirkannya sebagai aqal. Namun hakikat yang sebenarnya hanya Allah SWT yang tahu. Pada zaman terdahulu, adalah sukar untuk dipercayai bahawa dengan 'cahaya' Allah mencipta sekelian benda. Tetapi dengan kemajuan sains dan teknologi serta pemesatan ilmu yang berlaku hari ini, semuanya terungkai dengan mudah serta logik untuk diterima aqal. Sains mengenali cahaya sebagai zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ia bukan jisim; tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang.
Nota dari kuliyyah guru penulis, Dr. Abdul Manam Embong, Pensyarah UNisZA

Umum mengetahui bahawa setiap kejadian sesuatu benda atau jisim yang ada pada alam ini bermula dengan jirim. Dan jirim yang paling kecil adalah elektron. Elektron ini mengorbit nukleus atom yang terdiri daripada zarah-zarah proton dan neutron pada gelombang dan frekuensi tertentu, menghasilkan tenaga tertentu untuk membentuk sesuatu jirim. Atas sebab yang sama frekuensi gelombang manusia berbeza dengan jin menjadikan mereka terpisah dalam dimensi yang berlainan padahal berada pada tempat yang sama. Atas asas yang sama juga digunakan dalam ilmu perubatan homeopathy untuk merawat sesuatu penyakit; kerana setiap penyakit berlaku disebabkan gelombang frekuensi tertentu. Adakah cahaya, tenaga, gelombang atau elektron itu yang dimaksudkan sebagai 'Nur' Muhammad? Tidak. Penulis tidak dapat memberi jawapannya. Hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu mengenainya. “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, ‘Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (al-Isra’: 85)

Apa yang penulis ingin bawakan di sini adalah; semua kita bahkan seluruh makhluk dan alam semesta ini bermula dan diciptakan dari asas yang sama, iaitu 'Nur Muhammad'. Sebagai contoh, penciptaan manusia berasaskan tanah sepertimana firman Allah; “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia itu dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kamudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah , Pencipta Yang Paling Baik.” (QS. Al Mu’minuun (23) : 12-14).

Adalah sukar untuk dipercayai bahawa tubuh badan kita adalah tanah, namun sains sekali lagi membuktikan kebenarannya. Kita di Malaysia makan nasi; nasi dari beras; beras dari padi; padi dari tanah. Saudara kita di India makan capathi; capathi dari gandum; gandum dari tanah. Saudara kita di Eropah makan daging lembu; lembu makan tumbuhan; tumbuhan dari tanah. Semua asas yang membentuk jasad dan komponen badan kita samada makanan, minuman, zat-zat bahkan oksigen yang kita sedut itu juga berasal dari tanah. Firman Allah lagi; "Dan Allah menumbuhkan kamu sebagai suatu tumbuhan dari tanah, dan kemudian Dia akan mengembalikan kamu kepadanya, Dia akan mengeluarkan kamu lagi, sebagai suatu keluaran baru" (QS 71 : 17-18)

...............................................................................................................................

Bagi memperincikan lagi huraian berkenaan 'Cahaya Muhammad' ini, penulis sertakan petikan dari Buku “Sirr al-Asrar" karya As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, halaman 10 hingga 16.

Makhluk yang pertama yang di ciptakan oleh Allah adalah Ruh Muhammad SAW. Ia diciptakan dari cahaya ‘Jamal’ Allah. Sebagaimana firman Allah di dalam hadis Qudsi “Aku ciptakan ruh Muhammad dari cahaya Zat Ku”.

Nabi Muhammad saw, juga bersabda: “Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruh ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah aqal”.

Ruh, cahaya, qalam dan aqal pada dasarnya adalah satu yaitu hakikat Muhammadiah.

Hakikat Muhammad di sebut “nur”, karena bersih dari segala kegelapan yang menghalangi untuk dekat kepada Allah sebagaimana firman Allah "Telah datang kepada mu cahaya dan kitab penerang dari Allah."

Hakikat Muhammad di sebut juga akal, karena ia yang menemukan segala sesuatu. Hakikat Muhammad disebut qalam karena ia yang menjadi sebab perpindahan ilmu (seperti halnya mata pena sebagai pengalih ilmu di alam huruf pengetahuan yang tertulis). Ruh Muhammad adalah ruh yang termurni sebagai makhluk pertama dan asal seluruh makhluk sesuai dengan sabda Rasulullah saw: “Aku dari Allah dan orang-orang mukmin dari aku”.

Dan dari ruh Muhammad itulah, Allah menciptakan semua ruh di alam ‘Lahut’ dalam bentuk yang terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di alam Lahut. Alam Lahut adalah negeri bagi seluruh manusia. Allah menciptkan Arasy dari cahaya zat Muhammad saw. Bagitu juga makhluk lain berazal dari zat Muhammad.

Selanjutnya ruh-ruh di turunkan ke alam yang terendah, dimasukan pada makhluk yang terendah yaitu jasad. Sebagaimana firman Allah “Kemudian Aku turunkan manusia ke tempat yang terendah” Proses turunnya adalah setelah ruh diciptakan di alam Lahut, maka diturunkan ke alam Jabarut dan dibalut dengan cahaya Jabarut. Sebagai pakaian antara dua haram lapis kedua ini di sebut ruh ‘Sultani’.

Selanjutnya ia diturunkan lagi ke alam Malakut dan dibalut dengan cahaya Malakut yang disebut ruh ‘Ruhani’. Kemudian diturunkan lagi ke alam Mulki dan dibalut dengan cahaya Mulki. Lapis keempat ini di sebut ruh ‘Jismani’.

Selanjutnya Allah ciptakan badan (jasad) dari Mulki (bumi), sebagaimana firman Allah: “Dari bumi aku mencipta kamu. Kepada bumi aku mengembalikan mu. Dan dari bumi pula lah aku mengeluarkan mu”.

Setelah terwujud jasad, Allah memerintahkan ruh agar masuk ke dalam jasad, maka ruh masuk ke dalam jasad, sebagaimana firman Allah: “Ku tiupkan ruh dari Ku ke dalam jasad”.

Ketika ruh berada di dalam jasad, ruh lupa akan perjanjian awal di alam Lahut yaitu hari perjanjian: “Bukankah Aku ini tuhan mu” Ruh menjawab, “Benar, engkau adalah Tuhan kami”.

Karena ruh lupa pada perjanjian awal, maka ruh tidak dapat kembali ke alam Lahut sebagai tempat asal. Kerana itu, dan kasihnya Allah menolong mereka (manusia) dengan menurunkan kitab-kitab samawi sebagai peringatan tentang negeri asal mereka, sesuai dengan firman Allah "Berilah perinatan pada mereka tentang hari-hari Allah”, yaitu hari pertemuan antara Allah dengan seluruh arwah (ruh) di alam Lahut. Lain halnya dengan para nabi, mereka datang ke bumi dan kembali ke akhirat, badannya di bumi, sedangkan ruhnya berada di negeri asal kerana adanya peringatan ini.

Sangat sedikit orang yang sadar dan kembali serta berkeinginan dan sampai ke alam asal mereka. Karena sedikitnya manusia yang mampu kembali ke alam asal, maka Allah melimpahkan kenabian kepada ruh agung Muhammad Rasulullah, penutup penunjuk jalan dari kesesatan ke alam terang. Ia ditulis untuk mengingatkan mereka yang lupa membuka hatinya. Nabi mengajak manusia agar kembali dan sampai serta bertemu dengan 'Jamal Allah' yang azali, sesuai dengan firman Allah: “Katakanlah, Ini adalah jalan Ku. Aku mengajak ke jalan Allah dengan pandangan yang jelas. Aku dan para pengikut Ku”.

Nabi bersabda “Para sahabat ku seperti bintang-bintang, mengikuti yang mana pun kamu akan mendapat petunjuk”.

Pada ayat tadi dijelaskan bahwa Nabi mengajak manusia kembali kepada Allah dengan pandangan yang jelas, yang di dalam Al-Quran di sebut ‘basyirah’. Basyirah adalah dari ruh asli yang terbuka pada ‘Mata Hati’ bagi para aulia. Basyirah tidak akan terbuka hanya dengan Ilmu Zahir saja, tetapi untuk membukanya harus dengan Ilmu Ladunni Batin (ilmu yang langsung dari Allah). Sesuai dengan firman Allah “Kepada dia Ku berikan ilmu yang langsung dari Ku”.

Untuk menghasilkan basyirah, manusia mengambilnya dari ahli basyirah dengan mengambil talqin dari seorang wali mursyid yang telah berkomunikasi dengan alam lahut.

Wahai saudara ku, masuklah pada ‘tariq’ (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada Tuhan mu bersama golongan ahli ruhani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit tempat untuk kembali ke negeri asal (Alam Lahut).

Tuesday, March 22, 2011

Hanya Kerana DIA (Episode 6 : Published)


Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Kolej Islam Ninthi
Z.Zikry membelek-belek helaian buku berjudul The Reconstruction of Religious Thought in Islam karya filsuf Muhamad Iqbal. Buku yang dipenuhi dengan mutiara kata pemikir dunia itu ditatap Z.Zikry sesungguh-sungguhnya.
“Hidup di dunia ini adalah gerak, berjuang; ini adalah hukum tetap dari dunia!” kata Iqbal dalam salah sebuah syairnya.
Dan dalam halaman lain, Iqbal menelanjangi kedudukan dirinya sebagai anggota saf pejuang Islam.
“I confess to be a Pan-Islamist. The mission for which Islam come into this world will ultimately be fulfilled, the world will be purged of infidelity and workships of false gods, and the true soul of Islam will be triumphant.” Iqbal meneruskan pengakuannya lagi, “I convey the same message to the Muslims through my poems. I want to see the same spirit in my co-religionists as once pervaded the early followers of Islam, who in spite their wealth, never hankerd afters this mortal world. This is the religious spirit which was manifest among the Muslims when they are were kings and emperors and believe in the principle that whole earth belongs to God and none else.”
Muhamad Iqbal
Pandangan filsuf Iqbal cukup menarik, akui Z.Zikry. Dia meyakinkan umat manusia tentang kebaikan Islam. Dan kelebihan Iqbal lagi, dia dapat menyelami perbezaan antara roh keilmuan Islam dengan roh keilmuan Yunani kuno. Menurut Iqbal, Socrates membataskan pemusatan pengkajiannya kepada alam manusia sahaja, dengan tidak meliputi alam haiwan, tumbuh-tumbuhan atau cakrawala. Tetapi ajaran Al-Quran mengajak manusia memerhati segala yang wujud di alam maya ini dengan segala aneka fenomenanya.

Friday, March 11, 2011

Memoirs of The 'LELAKI SEJATI' (Muka Depan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Naskah Memoirs of The Lelaki Sejati, 2006
Memoirs of The 'LELAKI SEJATI' : karya ini ditulis bermula Mac 2006 - zaman dimana penulis berperang hebat dengan jiwa remaja yang menggila pada waktu itu. Perperangan antara cinta dan cita-cita; perperangan antara kuasa dan glamer. Mujur saja Allah memberi perlindunganNya kepada penulis. Mujur juga Allah menetapkan hidayahNya kepada penulis. Mujur segalanya dari Allah.

Asalnya karya ini hanyalah sebuah manuskrip, kemudian dibukukan. Malang tidak pernah diterbitkan. Barangkali tiada siapa pun bersedia menerbit...barangkali juga tiada siapa pun sudi membaca jika ia diterbit.

Karya ini dimulakan dengan sebuah syair yang dikarang oleh As-Syahid Sayyed al-Qutb;
"Seandainya Kau Tangisi Kematianku,
Dan Kau Siram Pusaraku Dengan Air Matamu,
Maka Di Atas Tulang-Belulangku, Yang Hancur Luluh,
Nyalakanlah Obor Buat Umat Ini,
Dan…
Teruskan Perjalanan ke Mercu Jaya.

Kematianku Adalah Suatu Perjalanan,
Bagi Mendapatkan Kekasih Yang Sedang Merindu,
Taman-Taman Di Syurga Bangga Menerimaku,
Burung-Burungnya Berkicau Riang Menyambutku,
Bahagialah Hidupku Di Alam Abadi.

Durjana Kegelapan Pasti Akan Hancur,
Dan Alam Ini Akan Disinari Fajar Lagi,
Biarlah Rohku Terbang Mendapatkan Rindunya,
Usah Kau Gentar Berkelana Di Alam Abadi,
Nun Di Sana Fajar Sedang Memancar…"

As-Syahid Sayyed al-Qutb
Petikan Syair As-Syahid Sayyed al-Qutb

Wednesday, March 2, 2011

Wasiat Hari Lahir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wbt.

Wasiat ini ditujukan khas buat isteriku tercinta Nur Halawati, Cahaya Kebaikan.

Alangkah cepatnya masa berlalu. Dahulu Zikry yang Cahaya kenali sebagai Lelaki ini adalah bayi sebagaimana anak kita sekarang ini. Dahulu Zikry adalah kanak-kanak seperti Hazimin sekarang ini. Dahulu Zikry adalah remaja seperti Emi sekarang ini. Dahulu Zikry adalah orang bujang seperti abang Hafiz sekarang ini. Tapi sekarang Zikry sudah menjadi suami orang. Sekarang Zikry sudah menjadi ayah orang. Nanti akan tiba suatu masa Zikry akan menjadi datuk orang seperti ayah dan pok. Akan tiba suatu masa Zikry akan menjadi orang tua seperti ayah dan pok. Bahkan mungkin sebelum itu Zikry sudah menjadi mayat seperti Allahyarham to'ki, Wan, Pek Tam dan siapa-siapa saja yang telah meninggalkan kita.


Oleh yang demikian Cahaya,
Seandainya Zikry mati, Cahaya jaga dan didiklah anak kita, Zakwan Zikry itu dengan baik. Berikanlah perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kepadanya. Sesungguhnya itulah satu-satunya harta yang paling berharga yang kita ada. Kita tiada rumah besar, kita tiada kereta besar, tapi cukuplah kita mempunyai anak yg soleh, yang akan mendoakan kita, saat kita hidup mahupun setelah kita meninggal.

Berikanlah didikan agama yang sempurna kepadanya, mudah-mudahan dia menjadi manusia yg berguna kepada agamanya dan berguna kepada seluruh manusia sekeliannya. Ajarlah dia mengenal Allah. Ajarlah dia mengenal Rasulullah. Ajarlah dia mengenal agamanya (tauhid, feqah, ibadah dan tasawwuf). Ajarlah dia akan hormat kepada oranga tua. Ajarlah dia bercakap benar dan membenarkan yang benar; menyalahkan yang salah. Mudah-mudahan dia akan menjadi hamba Allah yang soleh; sepertimana yang selalu kita doakan selepas solat itu, yang selebihnya berserahlah kepada Allah.

Seandainya Zikry mati, Cahaya sambunglah harapan dan cita-cita kita untuk menjadikan Zakwan seorang tahfiz; seorang ustaz kalau boleh. hantarlah dia ke sekolah-sekolah agama, atau boleh saja dihantar ke sekolah IMTIAZ dimana Pok Su Min dia belajar sekarang ini. Lagukanlah selalu alunan zikir dan bacaan al-quran ditelinganya agar dia terbiasa dengan bunyi bunyian seperti itu. Dodoilah tidurnya dengan zikir-zikir, agar zikir-zikir itu menjadi mimpi tidurnya. Jangan cemarkan telinganya dengan muzik-muzik yang melalaikan. Jangan kotori matanya dengan filem-filem yang memualkan. Jangan sampai mazmumah itu masuk ke dalam hatinya. Kelak hatinya menjadi gelap gulita, jauh dari taufik hidayah Allah. Jangan. Jangan sampai kita diazab kerana kesalahan anak kita sendiri.


Cahayaku, sekiranya Zikry mati, maka Cahaya pakaikanlah jubah putih kegemaran Zikry itu pada jenazah Zikry. Pakaikanlah kopiah Zikry itu pada kepala Zikry. Dan balutlah jasad Zikry dengan kain kafan. Mudah-mudahan Zikry akan bangkit di depan Allah dengan pakian yang menjadi sunnah Junjungan Besar kita itu. Moga-moga pakaian itu menjadi saksi akan apa yang Zikry pakai semasa di dunia.


Cahaya, sekiranya Zikry mati, usahlah Cahaya gantikan Zikry dengan orang lain...hehe..Sebab nanti Cahaya tiada akan bersama dengan Zikry di Jannah. Biarlah Cahaya Kebaikan, Kelebihan menjadi pasangan kepada Lelaki di Syurga nanti. Kerana...tiada orang lain yang dapat menyayangi Cahaya sepertimana Lelaki.
Segala Puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Hanya Kerana DIA (Episod 5 - published)


Fakulti Perhutanan, Kolej Islam Ninthi
Pertama dalam hidupku, kini terus menjadi nostalgia, aku mendengar orang menyebut Allah. “Allah?” soalku sambil menikamkan pandanganku tepat ke anak mata Z.Zikry.
Allah itu Tuhan yang menciptakan seluruh alam ini. Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Tahu, dan Maha segala-galanya. Dengar firman Allah dalam Surah Az-Zukhruf ayat 10; “(Allah) yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu supaya kamu mendapat petunjuk.”
Mengapa Allah menurunkan bala kalau Allah itu Maha kepada segala Maha? Tanyaku tetapi tidak kuluahkan.
“Kelihatannya hujan yang menyalahi ramalan ahli kaji cuaca ini bagaikan bala, tetapi sebenarnya tidak,” jelas Z.Zikry, seolah-olah dapat membaca kata hatiku.
“Mengapa pula tidak? Lihat, jelas aktiviti manusia tersekat kerana cuaca menyalahi kebiasaannya.”
“Jangan lihat aktiviti manusia sahaja.”
“Aktiviti apalagi ?”
“Kau lupa di dalam tanah tempat kau berpijak ada beribu-ribu spesies yang tidak engkau ketahui bentuk dan jenisnya. Dan kau juga lupa di atas bumi ini pelbagai tumbuhan sedang hidup yang mana akarnya sentiasa memerlukan air, sedang kau tidak tahu berapa sukatan air yang diperlukan oleh setiap tumbuhan itu. Kau tidak akan tahu keperluan air bagi setiap hidupan lain untuk terus aktif membina sahsiah demi kepentingan manusia jua. Itu sekadar tiga contoh terdekat, belum lagi menyentuh tentang kaitannya dengan peredaran awan, lapisan ozon, ruang lingkup atmosfera, perubahan suhu laut, di kerak bumi, di angkasa bahkan di seluruh cakerawala.”

Z.Zikry pun membacakan satu lagi ayat dari kitab sucinya dalam Surah Az-Zukhruf : “Dan Allah yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).”
Aku cuba menyentuh kitab sucinya, tetapi diasegera melarikannya.
“Kau belum lagi menelaah kitab suci orang Islam ini.” Z.Zikry menyelak-nyelak helaian Al-Quran ditangannya. “Kalau kau berpeluang berbuat demikian kau akan dapati setiap yang berlaku di muka bumi ini telah termaktub di sini. Kau tahu Chilugra, kalimah-kalimah suci ini telah diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1400 tahun dahulu. Namun, ia sentiasa baru kerana ilmu yang tersirat di sini sentiasa ada benarnya untuk setiap zaman.”
Sekali lagi aku cuba hendak mengambil kitab suci itu dari tangannya.
“Maaf, tidak semua orang boleh menyentuhnya kerana kesucian kalimah ini terlalu agung lantaran datangnya dari Allah.”
“Aku tidak suci?” tanyaku, hairan dan sedikit marah.
“Bukan begitu maksudnya. Ah, kau akan mengerti kalau kau berusaha dan ada hidayah daripada Allah.”
Aku membisu. Berserabut fikiranku dengan pelbagai teka-teki. Jika demikian hebat lagi suci ilmu yang tekandung di dalam kitab yang bernama Al-Quran itu, layaklah ia hanya disentuh oleh mereka yang suci. Tetapi apakah aku tidak suci?
“Maafkan aku Chil. Aku tahu kau tentu tidak seratus peratus bersetuju dengan apa yang telah aku katakan. Tapi kau harus ingat, biar sekuat mana pun hati membantah, yang benar tetap benar. Dan ini adalah kebenaran.”
Hujan yang menitis semakin lebat turunnya. Tidak ada tanda-tanda fenomena itu akan berhenti atau reda dalam masa beberapa waktu ini. Seluruh perkarangan kolej kelihatan becak dan ada air yang telah melimpah ke jalan-jalan utama. Keanehan ini benar-benar telah mengubah corak kehidupan di Kolej Islam
Ninthi ini. Selalunya, dalam keadaaan cuaca baik para siswa dan siswi akan memenuhi taman-taman di perkarangan dalam kelompok-kelompok kecil. Pelajaran yang ditimba siang tadi diperkatakan, diperbahaskan malah ada kalanya diperdebatkan. Tidak kurang juga ada para siswa dan siswi yang yang melilau-lilau di Bandar Kuala Terengganu mencari hiburan hingga larut malam.
Kemudian Z.Zikry membacakan lagi sepotong dari Surah An-Nahl ayat 65, “Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan itu dihidupkanNya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mendengarkan (pelajaran).”


Entah mengapa, pagi itu aku tidak dapat melelapkan mata biarpun kebiasaannya pagi-pagi sebegini aku masih seronok melayan lena. Bagiku pagi ini lebih damai dari biasa, tetapi aneh, mengapa kelopak mataku terus bugar. Setiap kali aku cuba pejam, setiap kali itu juga kelopak mataku bagai diangkat-angkat supaya berjaga.
Tetapi aku tidak bangkit dari baringku. Kian detik, suasana diluar bertambah cerah meskipun kabus memutih di merata-rata. Barangkali hari ini seperti hari terdekat sebelum hari ini juga; matahari tidak muncul, angin kerap menghembus, kabus semakin tebal, suasana dingin dan lembab atau boleh jadi sahaja hujan lebat turun bukan dalam musim Tengkujuh yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini berlaku lagi.

Aku terus merenung keatas. Cuaca yang menyalahi tabie itu begitu meracau fikiranku. Cuaca buruk dalam waktu yang diramalkan baik cukup aneh. Bukankah setiap ramalan tidak bersandarkan teka-teki, bukankah seluruh pengetahuan berdasarkan setiap ramalan dan bukankah ramalan itu rangkuman dan himpunan dari seluruh ilmu juga kepakaran ? Justeru mengapa tiba-tiba ramalan menyalahi kebiasaannya? Perubahan pada sistem solarkah atau perubahan pada gerak bintang-bintangkah atau perubahan pada seluruh cakerawalanya?
Tidak, bantah suara hati kecilku sendiri. Tidak begitu, kata Z.Zikry. Katanya tiada yang mustahil kalau Allah mengkehendaki dan setiap yang telah, sedang dan bakal terjadi telah termaktub dalam Loh Mahfuz. Loh Mahfuz?

Z.Zikry pernah membacakan sebuah firman dari kitab sucinya dalam Surah Al-An’am ayat 59; “Dan pada sisi Allah-lah kunci kepada semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak (pula) sesuatu yang basah atau kering melainkan terlulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz).”
Aku memicit-micit dahiku kerana terasa berdenyut. Al-Quran, Nabi Muhammad, Loh Mahfuz, Islam, Iman, Aurat, Melayu, Syurga, Neraka, Dosa, Pahala, Sembahyang, Syahadat, Suci, Nabi dan Tuhan. Ah, banyak sekali.

Waktu terus berengsot-engsot perginya. Masa yang berlalu itu tidak mungkin akan kembali. Kurenung tapak tanganku dan membanding-bandingkannya dengan usia yang telah kujangkau. Dahulu telapak tanganku kecil sahaja, seperti telapak tangan Ursula, adik bongsuku yang baru enam tahun menikmati udara bumi itu. Dahulu, tubuhku tidak setinggi dan sebesar ini. Dahulu, aku tidak mengerti banyak perkara apalagi dunia kanak-kanakku yang dipenuhi oleh hal-hal yang cukup melalai dan mengasyikkan.

Kini aku bernama Chilugra, tetapi diriku tidak jauh bezanya berbanding dahulu. Siapakah yang telah menumbuhsuburkan tubuhku? Membesarkan tapak tangan ini sehingga mampu menggenggam apa sahaja semahuku? Siapa yang telah memberi nyawa kepadaku untuk aku terus hidup hingga ke saat ini? Siapakah yang telah memberikan aku pancaindera-pancaindera ini hingga sempurnalah kehidupanku sebagai insan normal? Dan siapa? Siapakah memberi akal kepadaku sehingga aku dapat meraih begitu banyak ilmu sebagai bekalan menghadapi hari muka?

Aku tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh naluriku sendiri itu. Namun aku yakin pasti ada suatu kuasa yang terlalu hebat yang telah menciptakan tidak sekadar tubuhku ini bahkan seluruh alam maya yang tidak terjangkau oleh pengetahuan manusia.
Allah-kah kuasa itu?
Allah-kah yang telah mengadakan segala ini? Allah-kah yang telah menciptakan diriku dan seluruh kehidupan yang melata di muka bumi ini?
“Ya Allah-lah.” Itu kata Z.Zikry lagi, suatu hari sewaktu berjalan seiring selepas habis kuliah di Fakulti Perhutanan. Dia remaja Melayu yang sering-sering memikir-mikirkan kejadian alam, kejadian manusia, kejadian seluruh planet, kejadian seluruh cuaca dan kejadian apa saja. “Ya Allah-lah yang telah menjadikan semuanya ini.” Itu katanya lagi yang kemudiannya diperjelaskan dengan dalil yang dibacanya dari Surah Nuh, kitab yang bernama Al-Quran, seperti selalu.
Green Winged Pegion
Kulemparkan pandanganku ke luar. Suasana masih seperti tadi; suram dan lembap. Purple-naped Sunbird, Red-eyed Bulbul, Hooded Pitta, dan Green-Winged Pegion tidak begitu banyak menghiasi pandanganku. Sebungkam nafas terhambur dari kerongkongku. Lalu aku mendongak ke atas. Awan kelabu tertutup oleh kabus tebal, menyekat pandanganku untuk memanah angkasa raya yang menyimpan berjuta rahsia.
“Jika Islam itu benar datangnya dari Tuhan yang bernama Allah, kau buktikanlah,” pintaku sambil mengurut dagu, menanti penjelasan dari Z.Zikry.

Z.Zikry tidak terburu-buru menjawab. Barangkali dia tahu setiap butir katanya sama ada mengukuh kekal atau menghapus-mati keyakinanku terhadap agamanya.

“Jika Tuhan itu ada, kau buktikanlah adanya itu.”
Aku lihat Z.Zikry menarik nafas panjang. Entah apa yang difikirkannya.

Di luar titis-titis hujan telah menimpa daun-daun pokok dari jenis Secondary Species atau Light Demandging Spesies yang tumbuh meliar di kawasan terbiar berhampiran Institut Bioteknologi. Gerimis senja di Seberang Takir telah memandikan hampir semua tumbuhan renek serta rumput rumpai yang menghampar di seluruh halaman kolej. Fenomena ini amat pelik sekali; pelik bukan kerana musim kemarau tidak semestinya hujan, tetapi pelik kerana musim kemarau ditimpa hujan yang berterusan, musim Tengkujuh bukan dalam musimnya. Ah, luar biasa dan juga menakutkan. Sekali-sekala terasa angin menghembus kuat menampar-nampar pipiku dan meliuk-lintukkan ranting serta meluruhkan daun-daunnya yang telah tua.

“Dalil adanya Tuhan tidak lain kerana adanya alam ini. Alam ini pasti dicipta. Wujud setiap sesuatu itu pasti ada kerana ada penciptanya. Demikian alam ini dan demikian juga diri kau Chilugra, pasti ada penciptanya. Siapakah pencipta itu? Tentulah kehebatannya melebihi apa yang diciptakannya dan tentulah bahan ciptaan-Nya tidak menyerupai diri-Nya. Pencipta kereta apakah sama dengan bentuk kereta? Jika kau mengatakan ya, kau menyamakan Sir Henry Ford sama seperti benda beroda empat yang diciptanya itu.” Z.Zikry berhenti sebentar, tetapi matanya terus menikam anak mataku dengan tajam. “Kalau kau bersetuju bahawa setiap ciptaan pasti ada hubungannya dengan Pencipta, kau patut bersetuju bahawa Tuhan itu ada. Kerana jika Tuhan tiada, bagaimana boleh wujud ciptaan-ciptaan agung yang dapat kau lihat, sentuh, rasa dan nikmati ini.”
Aku termanggu.

“Dalam ilmu Sains disebut, setiap sebab pasti berakibat. Dalam ilmu Fizik dan Matematik pula sebab dan akibat ini diukur menggunakan angka-angka sifar hingga lahirlah formula-formula mengukur gerak, bentuk, bunyi atau apa juga yang abstrak. Dalam ilmu Islam, sebab dan akibat itu dapat dibuktikan dengan adanya Pencipta, maka akibatnya adalah bahan-bahan yang dicipta. Adanya Tuhan sebagai sebab, adalah alam, cakrawala, makhluk, dan lain-lain sebagai akibat dari wujudnya sebab itu.”
“Bagaimana dapat kau buktikan Tuhan itu wujud secara nyata. Bukankah setiap yang wujud pasti ada. Jika ada di mana, apa dan bagaimana bentuknya?”
Z.Zikry terdiam mendengar persoalanku. Apakah yang akan diperkatakannya?

“Chilugra,” ujar Z.Zikry merendahkan nada suaranya. Kau tidak harus menyamakan Islam dengan anutan yang lain. Islam agama unik, suci lagi benar. Aku atau sesiapa pun tidak dapat membawa Tuhan atau Allah dihadapan mata untuk dilihat, apalagi diajak berbicara. Seperti yang aku katakan tadi, bukankah Tuhan itu Pencipta, dan Pencipta itu pastilah tidak sama dengan apa yang diciptaNya. Maka Tuhan itu tidak dapat dilihat kerana Dia bukan makhluk, Dia bukan benda, Dia tidak sama dengan apa jua di muka bumi ini. Tetapi yakinilah Tuhan itu wujud dan pada saat ini sedang memperhatikan dan mendengar segala persoalan kau.”
(…bersambung)